Azzumaar Learning Centre ditubuhkan pada bulan April 2017 dengan matlamat untuk melengkapi sistem pendidikan arus perdana dari aspek pembinaan karakter kanak-kanak, remaja dan belia, melalui program berkaitan sukan dan seni bela diri.







Pengasas:
Mohd Khairy Zainal Abidin
Berpengalaman dalam bidang pengurusan korporat automotif di Mazda Malaysia.
Mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ijazah kejuruteraan automotif dan mempunyai diploma lanjutan dari IMI UK-Malaysia dalam bidang pengurusan perniagaan automotif.
Melaksanakan peranan dalam aspek pengurusan, koordinasi dan kelestarian.
Pengasas bersama:
Mohd Shafiq Talhah Abdul Ghafar
Berpengalaman dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan komuniti Taekwon-Do selama 19 tahun di Malaysia, memegang lesen International Taekwon-Do Umpire dan mewakili malaysia ke kejohanan Taekwon-Do dunia di Sydney 2019.
Mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ijazah sains politik, melaksanakan tugas dalam aspek pembangunan program dan keusahawanan.
Pengasas bersama:
Dr. Ahmad Zulfadhli Khairuddin
Berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 11 tahun sebagai pengasas, pembantu pengetua, penyelaras dan guru.
Memegang ijazah doktor falsafah dalam bidang asasi sosial pendidikan dan memainkan peranan sebagai perunding rujukan hala tuju pendidikan dalam usaha awal idea penghasilan kertas konsep Azzumaar Learning Centre.
